Friday, April 20, 2007

nak kuruskan badan.

ibu_aisyah nak kongsi kat sini, apa yang ibu_aisyah amalkan untuk kuruskan badan. Maklumlah baru lepas bersalin. Masa pregnant dulu berat ibu_aisyah dlm 60 kg. Sebelum pregnant berat ibu_aisyah dalam 45 kg. Naik banyak jugalah. Sekarang ni dah turun jadi 43 kg. Alhamdulillah :)

ibu_aisyah tak ambil pun ubat untuk kuruskan badan, tak bersenam sangat. Apa yang ibu_aisyah amalkan cuma tak makan nasi malam2. kalau takut lapar, makan nasi petang sebelum 8 malam. Kalau petang tak makan nasi, malam rasa lapar, ibu_aisyah just minum air milo cicah biskut/roti.

Time lunch, jangan makan terlalu banyak. Biasakan makan nasi dengan 1 jenis lauk samada ikan/daging/ayam/seafood bersama sayur. Banyakkan minum air kosong supaya proses penghadaman berjalan dengan lancar.

Rasanya itu saja yang ibu_aisyah amalkan. Ok, sesiapa yang sedang cuba kuruskan badan tu, bolehlah nak amalkan. :)

Wednesday, April 18, 2007

Mak Pesan..

ibu_aisyah sebenarnya baru je dapat baby. Baru 2 bulan lebih. So, masa dalam pantang tempoh hari macam2 pantang larang kena ikut terutamanya dalam pemakananlah. Macam2 mak ibu_aisyah pesan. Antaranya yang boleh kita kongsi :-
1. Mak pesan jangan makan makanan sejuk. Sayur dan buah yang sejuk jugak tak boleh makan seperti terung, betik, petola, mangga, pisang dll. Jadi masa dalam pantang tu ibu_aisyah hanya makan sayur bayam, lobak dan toge. Buah pulak limau.
2. Mak pesan lagi jangan makan makanan yang dimasak dua kali. Contoh nasik goreng dan makanan yang dipanaskan semula.
3. Mak pesan juga jangan makan makanan yang berbisa. Contohnya ikan keli dan sembilang, buah langsat dan duku.
4. Mak pesan lagi jangan makan makanan yang boleh menyebabkan luka, tempat jahit gatal. Telur dan ayam antara contohnya.
Lain tempat, lain cara pantang. So, ibu_aisyah ikut apa saja yang mak pesan.. Alhamdulillah sihat dan selamat hingga kini. :)

Petua Nenek Moyang

Di sini, disertakan beberapa petua berguna yang sering digunakan nenek moyang kita untuk merawat penyakit secara berkesan:
1. JIKA mahu menghilangkan parut lama atau kesan hitam di badan, ambil daun senduduk, ramas sehingga mengeluarkan air dan gosok daun itu ke seluruh anggota badan yang mempunyai parut. Daun senduduk juga boleh menghilangkan jerawat di muka dengan meramas sehingga mengeluarkan air dan dicampur dengan bedak sejuk. Elok di pakai pada waktu malam.
2. PENYAKIT resdung menimbulkan keadaan yang tidak selesa selain mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Jadi, untuk menghilangkan masalah itu, cari daun siput babi yang berdaun lembut dan berwarna hijau. Selepas dicuci, ramas sehingga mengeluarkan air dan campurkan dengan bedak sejuk. Air daripada campuran itu sapukan di sekeliling hidung dan berselawat tiga kali, insya-Allah penyakit itu akan sembuh.
3. UNTUK membuang angin di badan, ambil halia sebesar ibu jari dan rebuskan dengan lima cawan air. Masukkan sedikit lada hitam dan bawang putih. Ambil secawan daripada rebusan itu dan campur dengan gula merah sebelum meminum.
4. HALIA juga berkhasiat untuk wanita yang ingin mengempiskan perut selepas bersalin. Tumbukkan halia bersama biji kawi dan buah pala kemudian rebus hingga hampir kering. Dengan mencampurkan sedikit minyak kelapa, sapukan pada perut lalu dibalut. Cara ini mengelak perut daripada masuk angin.

Rujukan : www.hmetro.com.my

Homemade Beauty Recipes : Sensitive Skin Gentle Exfoliant

For a gentle sensitive skin exfoliator, mix 1/2 cup cornmeal, 1/4 cup milk, two teaspoons baking soda, one tablespoon olive oil and five drops of tea-tree oil in a bowl, then apply to your skin.

Reference : http://free-beauty-tips.glam.com

Tuesday, April 17, 2007

Date Ideas and Tips

1. Go to a playground that's not in use and play! Take along a picnic lunch, baseball, bat, Frisbee or outdoor toys (blowing bubbles is fun). Have a great lunch after playtime.
2. Be honest, don't play games. Avoid even stretching the truth, the first time you're caught it will destroy your credibility.
3. Be on time. Lateness is inconsiderate (not to mention it reveals all sorts of things about your personality such as your passive-aggressive tendencies). If your date is late, be pleasant, and listen to their reason - it might be legitimate.
4. Tell yourself you're not nervous, just excited.
5.If your date compliments you don't just brush it off or say something rude about yourself, say thank you and do NOT put yourself down.
6. If you're concerned about topics of conversation, be sure to read a newspaper or watch a news program that day so you're up on world events.
7. Keep checking the inside (give the exterior stuff a rest). If you stay focused on looks you may end up ignoring or dumping a perfectly fantastic person without ever really giving them a chance.
8. Be open - to your date's ideas about what to do on the date and express yourself honestly (AND tactfully).
9. Keep the first date brief. Leave them wishing for more, not wondering how to escape.
10. Stay away from someone who only talks about money and 'things' or who boasts - usually signs of deep-seated insecurity.
11. Don't talk about marriage and kids and long-term plans for the two of you on your first dates.
12. Try a sporting event neither one of you have ever seen live

Reference : www.link2love.com

10 Bahagian Akal

Dari Aisyah r.anha, "Akal itu ada 10 bahagian. Lima bahagian nampak secara lahiriah dan lima bahagian lagi tidak nampak (batiniah).

5 Bahagian Akal Yang Nampak
1. Diam
2. Tidur
3. Tawadhu' (merendah diri)
4. Mengingatkan untuk berbuat baik dan melarang berbuat jahat
5. Berbuat amal kebajikan

5 Bahagian Akal Yang Tidak Nampak
1. Berfikir
2. Memberi pengajaran
3. Menganggap dosa sebagai masalah besar
4. Takut kepada Allah swt
5. Merendahkan hawa nafsu serta mampu mengalahkannya

Rujukan : Buku Panduan Mencerdaskan Minda, Siti Nor Bahyah Mahamood

Berhati-hati Memilih Pasangan

Berhati-hatilah dalam memilih pasangan. Berikut antara alasan yang kerap terjadi kepada remaja apabila mahu bercinta. Ia mungkin boleh membantu anda supaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan dan mengelak mereka yang sebegini.
1. Bercinta kerana kasihan
Cinta yang didasari oleh rasa kasihan boleh menidakkan rasional. Mereka mungkin tahu mempunyai pasangan yang tidak sesuai, tetapi kerana dipengaruhi rasa kasihan, perasaan itu akan lenyap begitu saja. Cinta begini mudah retak jika perasaan kasihan itu semakin berkurangan. Jika ini berlaku, si gadis lebih terasa kesannya kerana mereka insan yang paling mudah menaruh kasihan berbanding lelaki.
2. Terikut-ikut untuk bercinta
Golongan ini bercinta kerana tekanan daripada orang lain. Remaja itu berasa tertekan kerana semua kawan-kawan sudah mempunyai kekasih sedangkan dia masih solo. Keadaan ini mendorongnya untuk mencari kekasih sambil lewa saja. Dalam erti kata lain, asalkan ada kekasih saja.
3. Bercinta kerana mahu menguasai
Ada sebahagian remaja mendapat dorongan kuat untuk menguasai orang lain. Kebiasaannya ia berlaku pada seseorang yang suka membuat peraturan, memaksa ideanya dan terlalu memburu cita-cita. Berikutan itu, mereka mudah meninggalkan pasangan jika kehendak mereka tidak dituruti.
4. Bercinta kerana nafsu
Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh tarikan seksual. Misalnya, lelaki akan memilih pasangan yang seksi manakala si gadis lebih kepada lelaki sasa, tampan dan gagah. Pasangan seperti ini akhirnya akan membawa diri kepada satu peringkat kesedaran bentuk fizikal bukanlah segala-galanya dalam percintaan.
5. Bercinta untuk bersaing
Kerap berlaku kepada remaja yang sanggup bersusah-payah untuk merebut kekasih demi untuk mengalahkan pesaingnya. Dia cuma mahukan kemenangan dan bukannya demi kekasih. Malah, ia juga disulami sifat dendam dan sakit hati. Kejayaan merebut kekasih pula dianggap sebagai simbol kemenangan walaupun dia sebenarnya tidak mencintai pasangannya.
6. Bercinta kerana memberontak
Kebanyakan remaja tidak suka apabila ibu bapa menganggap mereka seperti anak kecil dan perlu mengikut pelbagai peraturan. Sehubungan itu, remaja ini mencari pasangan sekadar untuk menunjukkan tanda protes terhadap ibu bapanya supaya dia dilihat lebih dewasa.

Rujukan : www.hmetro.com.my

Petua Badan Ramping

1. Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif untuk sampai ke rumah, cubalah naik dan turun rumah dengan tangga.
2. Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan.
3. Sarapan setiap pagi usah diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.
4. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.
5. Jangan makan sehingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.
6. Elakkan dari makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.
7. Tidur mesti cukup. Kajian Universiti Chicago mendapati tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40%.
8. Lakukan senaman setiap kali bangun pagi.
9. Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.


Rujukan : www.hmetro.com.my

Empat Petua Imam Syafie Untuk Sihat

Empat perkara menyihatkan badan:
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian daripada kapas

Empat perkara melemahkan badan:
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:
1. Duduk menghadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata:
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan golongan ulama

Empat cara tidur:
1. Tidur golongan Nabi - Tidur terlentang sambil berfikir mengenai kejadian langit dan bumi.
2. Tidur golongan ulama dan ahli ibadah - Mengiring ke sebelah kanan bagi memudahkan terjaga untuk menunaikan solat malam.
3. Tidur golongan raja yang haloba - Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur syaitan - Menelungkup atau meniarap seperti tidurnya ahli neraka.

Rujukan : www.hmetro.com.my

WELCOME TO MACAM2 PETUA

Alhamdulillah, akhirnya terbina juga satu blog dari saya. Blog ini saya bina dengan tujuan untuk berkongsi segala macam petua, tips, teknik, kaedah dan sebagainya yang sesuai untuk semua golongan pembaca samada ibu, bapa, suami, isteri, remaja dll.

Dengan usaha dan keyakinan yang berterusan saya harap mampu menyediakan output yang berguna kepada kita semua agar ianya dapat menjadi panduan dan rujukan untuk menjalani hidup yang lebih bermakna. Tapi sekuat mana manusia itu berusaha, kuat lagi kudrat Tuhan yang menentukan segalanya. Nisbah kita sebagai hamba tidak lepas dari berusaha sekuat mungkin.

Ok. Selamat melayari blog ini dengan senang hati. Yang buruk itu dari saya, yang cantik itu dari Allah :)