Wednesday, April 18, 2007

Mak Pesan..

ibu_aisyah sebenarnya baru je dapat baby. Baru 2 bulan lebih. So, masa dalam pantang tempoh hari macam2 pantang larang kena ikut terutamanya dalam pemakananlah. Macam2 mak ibu_aisyah pesan. Antaranya yang boleh kita kongsi :-
1. Mak pesan jangan makan makanan sejuk. Sayur dan buah yang sejuk jugak tak boleh makan seperti terung, betik, petola, mangga, pisang dll. Jadi masa dalam pantang tu ibu_aisyah hanya makan sayur bayam, lobak dan toge. Buah pulak limau.
2. Mak pesan lagi jangan makan makanan yang dimasak dua kali. Contoh nasik goreng dan makanan yang dipanaskan semula.
3. Mak pesan juga jangan makan makanan yang berbisa. Contohnya ikan keli dan sembilang, buah langsat dan duku.
4. Mak pesan lagi jangan makan makanan yang boleh menyebabkan luka, tempat jahit gatal. Telur dan ayam antara contohnya.
Lain tempat, lain cara pantang. So, ibu_aisyah ikut apa saja yang mak pesan.. Alhamdulillah sihat dan selamat hingga kini. :)

2 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum ibu_aisyah,
tahniah buat ibu_aisyah kerana br dapat baby, klu diikutkan org2 yg kuat berpantang, tak abis lg 100 hari pantang tu. Antara petua org2 lama klu nak umph bila bersama selepas berpantang, pujuk la cik abg tu agar bertahan sehingga abis 100 ari, InsyaAllah, waktu tu keadaan rahim dan alat sulit akan kembali pulih dengan baik (saya sendiri mengamalkannya dan suami mengesahkan).

saya juga antara ibu yg kuat memegang pantang selepas bersalin. Makan saya jaga tp ada juga pendapat org2 tua2, klu dijaga sgt pntg anak pertama, bila melahirkan anak kedua nanti mesti juga berpantg seperti yg pertama sbb nanti 'bentan'- keadaan bdn yg sengal2, bisa2, seram sejuk, demam dsb.

saya melahirkan anak pertama thn 2005, kini hamil anak ke2, dan insyaAllah saya akan mengamalkan pntg saya mcm yg pertama juga.

waktu dlm pntg dulu saya dijaga oleh mak mertua, cara dia berpantg byk dipengaruhi adat cina kerana dia berjiran lama dengan masyarakat cina. jd pntgnya mudah saja, byk mkn halia. pendek kata apa saja hidangan saya dengan halia. tp br hari ketiga saya berpantang, muka saya dah kembali berseri (kemerah2an dan tidak pucat). saya tidk dipantgkan memakan ayam, tp dimasak dengan halia. klu nak mkn yg berminyak, hanya minyak bijan saja yg digunakan.pntg mak mertua berbeza dgn cara org perak (kg saya) berpntg tp cara dia yg menggunakan halia tu mmg saya tabik la. yg saya rasakan, halia ni byk membuang angin dalam perut, asyik sendawa je lps mkn, melawaskan waktu buang air (kebanyakan ibu sembelit slps bersalin), dan hilangkan pening2.

klu cara perak mcm ibu_aisyah jugalah cara berpantangnya, byk mkn makanan yg kering2 mcm lada hitam ditumbuk halus, ikan bilis, berulamkan kunyit dan daun pegaga, sambal kelapa kering dan ikan merah.

mcm ibu_aisyah boleh mkn bayam, klu keluarga saya tak boleh, kami mkn sawi yg dimasak kering dgn lada hitam.

namun walau apa pun cara berpantg, mengelakkan makanan yg sejuk2 mmg biasa agar bdn tak bisa2.

walaupun dr segi perubatan tiada istilah berpantang, namun ramai juga di kalangan doktor dan pengamal perubatan menasihatkan amalkan la pntg kerana kesannya bkn hari ini atau esok lusa, tp di masa2 akan dtg setelah kita melahirkan 2,3 org anak nanti rasakanlah perubahan pd bdn. jika mahu bdn kekal sihat dan masih elok, berpantglah!

panjang celoteh saya, jika sudi ibu_aisyah kunjungilah fotopage saya http://zuraazmi.fotopages.com. saya juga ada selitkan beberapa resepi buat bayi yg dah mula makan( sekitar 5 bulan ke atas), bolehla dirujuk2 mana2 yg patut.

Tahniah sekali lg kerana kehadiran org baru dalam keluarga. semoga dia menjadi anak solehah kelak, Aamin.

Musliyana said...

assalamualikum..
alhamdulillah dan taniah buat semua ibu2 sebab kita telah melangkah ke satu alam baru...dan taniah buat ibu_aisyah dengan kehadiran org baru..

saya,nak dikatakan kuat berpantang..kuat lah juga..tp ada juga yg saya cuba sikit2..betul kata ibu zulfa..ada org tua2 kata kalau dijaga sgt pantang anak pertama...seterusnya kena sama..Nak dijadikan cerita ibu saya sendiri memang yang jenis kuat berpantang.jadi kenalah ikut..cuma mama(ibu sendiri) pesan..kalu nk cuba bisa ker tak..cuba sikit jer dulu..tengok bisa ker tak..kalau tak berani, baik jangan cuba.

Saya melahirkan anak pertama pada 14 januari 2005, dan sekarang tengah pragnent anak kedua..InsyaAllah due bulan 10 ni..Masa berpantang dulu..semua makanan saya dicampurkan dengan lada hitam..pendek kata tak kira mkn apa pun...semua ada lada hitam..Saya hanya dibenarkan makan sayur sawi masak lada jer oleh mama.

lepas tu mama(ibu sendiri) ada pesan..nasi masa makan tak boleh ditambah..masa isi nasi yang awal..isi yang kita nak makan..lepastu nak teguk air jgn bnyk sekali..sikit2 jer..kata mama(ibu sendiri)nnt perut buncit..
lepas tu mee goreng..laksa..memang sampai setahun pantangya..

saya ada juga mengamalkan bedak herba yang kita letakkan kat muka masa pantang tu dicampurkan sedikit majnakani (yang telah ditumbuk).InsyaAllah,wajah ibu2 lepas besalin akan tegang kembali..kalu dah letak di muka, tegang,dekat tempat lain apatah lagi..tp dekat muka tu jangan tiap-tipa hari, takut kulit kering...

namun..walau apapun cara berpantang nya..saya lihat makanan yg sejuk2 memang semuanya sama..cuma saya ada tny doktor, kalau ikt perubatan pulak kita kena minum air banyak..sebab masa besalin kita dah hilang air banyk..semuanya terserah pada diri masing2..

cuma apa yang kita ibu2 muda mesti ingat..walaupun ada bnyk buku mengenai berpantang mengikut sains dan perubatan...cara berpantang mengikut org2 tua yang lama ibu2 kita jangan ditinggalkan...sebab banyak faedahnya..

ok..salam untuk semua.