Wednesday, April 18, 2007

Petua Nenek Moyang

Di sini, disertakan beberapa petua berguna yang sering digunakan nenek moyang kita untuk merawat penyakit secara berkesan:
1. JIKA mahu menghilangkan parut lama atau kesan hitam di badan, ambil daun senduduk, ramas sehingga mengeluarkan air dan gosok daun itu ke seluruh anggota badan yang mempunyai parut. Daun senduduk juga boleh menghilangkan jerawat di muka dengan meramas sehingga mengeluarkan air dan dicampur dengan bedak sejuk. Elok di pakai pada waktu malam.
2. PENYAKIT resdung menimbulkan keadaan yang tidak selesa selain mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Jadi, untuk menghilangkan masalah itu, cari daun siput babi yang berdaun lembut dan berwarna hijau. Selepas dicuci, ramas sehingga mengeluarkan air dan campurkan dengan bedak sejuk. Air daripada campuran itu sapukan di sekeliling hidung dan berselawat tiga kali, insya-Allah penyakit itu akan sembuh.
3. UNTUK membuang angin di badan, ambil halia sebesar ibu jari dan rebuskan dengan lima cawan air. Masukkan sedikit lada hitam dan bawang putih. Ambil secawan daripada rebusan itu dan campur dengan gula merah sebelum meminum.
4. HALIA juga berkhasiat untuk wanita yang ingin mengempiskan perut selepas bersalin. Tumbukkan halia bersama biji kawi dan buah pala kemudian rebus hingga hampir kering. Dengan mencampurkan sedikit minyak kelapa, sapukan pada perut lalu dibalut. Cara ini mengelak perut daripada masuk angin.

Rujukan : www.hmetro.com.my

1 comment:

Anonymous said...

ibu_aisyah
boleh tolong cari petua nak lebatkan rambut tak??