ibu_aisyah nak kongsi kat sini, apa yang ibu_aisyah amalkan untuk kuruskan badan. Maklumlah baru lepas bersalin. Masa pregnant dulu berat ibu_aisyah dlm 60 kg. Sebelum pregnant berat ibu_aisyah dalam 45 kg. Naik banyak jugalah. Sekarang ni dah turun jadi 43 kg. Alhamdulillah :)
ibu_aisyah tak ambil pun ubat untuk kuruskan badan, tak bersenam sangat. Apa yang ibu_aisyah amalkan cuma tak makan nasi malam2. kalau takut lapar, makan nasi petang sebelum 8 malam. Kalau petang tak makan nasi, malam rasa lapar, ibu_aisyah just minum air milo cicah biskut/roti.
Time lunch, jangan makan terlalu banyak. Biasakan makan nasi dengan 1 jenis lauk samada ikan/daging/ayam/seafood bersama sayur. Banyakkan minum air kosong supaya proses penghadaman berjalan dengan lancar.
Rasanya itu saja yang ibu_aisyah amalkan. Ok, sesiapa yang sedang cuba kuruskan badan tu, bolehlah nak amalkan. :)
Friday, April 20, 2007
Wednesday, April 18, 2007
Mak Pesan..
ibu_aisyah sebenarnya baru je dapat baby. Baru 2 bulan lebih. So, masa dalam pantang tempoh hari macam2 pantang larang kena ikut terutamanya dalam pemakananlah. Macam2 mak ibu_aisyah pesan. Antaranya yang boleh kita kongsi :-
1. Mak pesan jangan makan makanan sejuk. Sayur dan buah yang sejuk jugak tak boleh makan seperti terung, betik, petola, mangga, pisang dll. Jadi masa dalam pantang tu ibu_aisyah hanya makan sayur bayam, lobak dan toge. Buah pulak limau.
2. Mak pesan lagi jangan makan makanan yang dimasak dua kali. Contoh nasik goreng dan makanan yang dipanaskan semula.
3. Mak pesan juga jangan makan makanan yang berbisa. Contohnya ikan keli dan sembilang, buah langsat dan duku.
4. Mak pesan lagi jangan makan makanan yang boleh menyebabkan luka, tempat jahit gatal. Telur dan ayam antara contohnya.
Lain tempat, lain cara pantang. So, ibu_aisyah ikut apa saja yang mak pesan.. Alhamdulillah sihat dan selamat hingga kini. :)

Petua Nenek Moyang
Di sini, disertakan beberapa petua berguna yang sering digunakan nenek moyang kita untuk merawat penyakit secara berkesan:
1. JIKA mahu menghilangkan parut lama atau kesan hitam di badan, ambil daun senduduk, ramas sehingga mengeluarkan air dan gosok daun itu ke seluruh anggota badan yang mempunyai parut. Daun senduduk juga boleh menghilangkan jerawat di muka dengan meramas sehingga mengeluarkan air dan dicampur dengan bedak sejuk. Elok di pakai pada waktu malam.
2. PENYAKIT resdung menimbulkan keadaan yang tidak selesa selain mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Jadi, untuk menghilangkan masalah itu, cari daun siput babi yang berdaun lembut dan berwarna hijau. Selepas dicuci, ramas sehingga mengeluarkan air dan campurkan dengan bedak sejuk. Air daripada campuran itu sapukan di sekeliling hidung dan berselawat tiga kali, insya-Allah penyakit itu akan sembuh.
3. UNTUK membuang angin di badan, ambil halia sebesar ibu jari dan rebuskan dengan lima cawan air. Masukkan sedikit lada hitam dan bawang putih. Ambil secawan daripada rebusan itu dan campur dengan gula merah sebelum meminum.
4. HALIA juga berkhasiat untuk wanita yang ingin mengempiskan perut selepas bersalin. Tumbukkan halia bersama biji kawi dan buah pala kemudian rebus hingga hampir kering. Dengan mencampurkan sedikit minyak kelapa, sapukan pada perut lalu dibalut. Cara ini mengelak perut daripada masuk angin.
Rujukan : www.hmetro.com.my

Subscribe to:
Posts (Atom)